Wednesday, March 21, 2007

Uzlah ke Port Dickson

Sehari selepas BPU 07 saya ditugaskan ke Port Dickson untuk menghadiri Seminar Undang-undang, Konvensyen & Perjanjian Antarabangsa. Suatu skop di luar bidang tugas dan kecenderungan. Untuk memujuk diri, saya anggap sahaja bahawa ini ialah peluang uzlah yang Allah beri - 4 hari untuk menilai diri dan berehat menghilang lelah BPU. Walaupun isi kandungan seminar memberat dan memenatkan fikiran namun agak menarik. Bagaimana ya? Dua situasi yang kontra.... Mana-mana yang berat dan tak larat untuk dihadam, saya memilih untuk tutup mata, takpun buat Sudoku yang ada dalam akhbar The Star yang dibekalkan oleh hotel! Baca nota kemudian.. Mana-mana yang terkesan di fikiran, banyak persoalan yang timbul cuma mahu atau tidak sahaja bertanya kepada penceramah.

Pemandangan waktu senja dari jendela hotel


Namun apabila seorang pembentang 'Pengurusan Bencana' menyatakan seolah-olah peranan NGO hanyalah sebagai pengacau dalam aspek pengurusan bencana, hati terasa diusik-usik. Sesuatu yang dekat di hati saya tapi disalahertikan. Katanya lagi, tujuan NGO ditubuhkan pun sebab tak mahu mengikuti apa yang kerajaan tetapkan. Mana yea dia dapat idea macam tu? Kesian orang ni. Ini persepsi yang perlu dibetulkan. Mungkin kehidupan dia hanya berlegar di sekitar kerjaya dan keluarga. Jadi dia tidak ada maklumat yang jelas tentang peranan NGO. Jadi sewaktu rehat saya berjumpa dengannya dan menyatakan bahawa NGO dan kerajaan adalah saling lengkap-melengkapi walupun kita masing-masing berperanan mengikut cara sendiri. Dan saya memberitahu dia bahawa saya pun memakai 2 topi, pekerja kerajaan dan dalam masa yang sama terlibat dengan NGO. Terkesima jugalah dia. Takpalah, ini kesilapan sebab tidak mengkaji khalayak! Mudah-mudahan selepas ini dia lebih terbuka dan tidak cepat melabel.

Apa yang paling menarik mengenai seminar tersebut ialah dapat berjumpa dengan kawan lama - Maizura, selepas 16 tahun meninggalkan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)..... Zaman persekolahan yang penuh dengan tarbiyyah dan kenangan.... yang menjadikan saya seorang insan yang sentiasa memegang "Fastaqim kama umirtaa..."

No comments: