Sunday, April 15, 2007

Rumah Baru...

Alhamdulillah 9 April 2007 merupakan hari secara rasminya saya berpindah ke rumah baru. Walaupun hanya sekadar apartmen kecil 900 k.p.s, namun saya gembira kerana Allah mengizinkan saya punya rumah milik sendiri untuk berteduh. Tentulah sangat beruntung jika dibandingkan dengan ramai lagi umat manusia malang yang lain, - pelarian negara berperang yang tinggal di khemah, mangsa Tsunami atau rakyat Palestin yg tanahnya dirampas...

Kenapa apartmen? Kenapa tidak teres 2 tingkat? Kenapa 2nd hand, kenapa tidak beli yg baru? Ramai yang menanyakan soalan begitu... Semasa bekerja di Putrajaya, saya mengintai-intai iklan rumah di kawasan sekitar tempat kerja. Walaupun dah jumpa rumah teres 2 tingkat yang sesuai namun hati terasa berat nak meninggalkan Ampang Jaya, meninggalkan sahabat-sahabat. 'Support System' saya teguh di situ. Alhamdulillah Allah izin, direzekikan saya berpindah tempat kerja, balik ke tempat asal... Di Ampang Jaya tentulah harga rumah teres 2 tingkat sangat tinggi. Lagipun saya tak perlukan rumah yg besar buat masa ini, nanti keracunan oxygen pulak! Keperluan saya adalah sebuah apartmen yang ada kawalan keselamatan (tapi tidak perlu terlalu ketat seperti kondominium - tidak mesra pelawat!), boleh dengar azan bila masuk waktu solat dan dalam masa yang sama saya harap ibu ayah yang datang berkunjung sekali-sekala tidak sakit lutut kerana terpaksa memanjat tangga. Saya berusaha untuk cari rumah di apartmen sekitar sahabat-sahabat saya. Allah adalah perancang terbaik, diizinkan saya rumah di blok yang sama dengan rumah sahabat saya dan di ground level...

Menoleh ke belakang, saya melihat usaha dan doa saya dalam mengatur perjalanan hidup, Allah S.W.T kurniakan berdasarkan apa yang terbaik dan sesuai untuk saya... "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar Rahman : 13)

Wednesday, March 21, 2007

Apa selepas BPU 07?

Pada 10 Mac 2007, JK BPU 07 telah mengadakan postmortem. Dikongsikan sedikit hasil analisis kuantitatif daripada Borang Muhasabah Program.

Borang muhasabah BPU07
1(a) Bicara Unggul 1: Dr HM Tuah 8.529412
1(b) Bicara Unggul 2: Dr Hafidzah Mustaqim 8.748148
1(c) Pembentukan Personaliti : Sri Munawwarah Design 8.990476
1(d) Pertunjukan fesyen 7.701149
2(a) Dewan & kemudahan kursus 8.240602
2(b) Makan minum 7.804511
2(c) Pendaftaran 8.22963
3) Urusetia 7.940299
4) Bengkel ini patut dihadiri oleh rakan saya 8.955224

Sessi postmortem berlangsung

Mulut penuh dengan makanan, tapi nak posing juga!

Selain dari sesi postmortem, perjumpaan tersebut juga adalah untuk meraikan para ajk. Namun demikian tidak semua ajk dapat hadir disebabkan oleh terlibat dengan program di lokaliti masing-masing. Yealahkan.. ajk BPU ni memang aktif-aktif orangnya. Terima kasih diucapkan kepada Kak Nor yang sudi menjemput kami ke rumahnya untuk sesi postmortem dan santai. Kalau dah buat di rumah Kak Nor tu...apa lagi.....??? Habis sesi post mortem, dah makan kenyang-kenyang... walaupun tengahari tegak, matahari memancar-mancar di kepala, kami terjun juga swimming pool... ;-) ehehehe... gian tengok air...


Ini bukan gambar swimming, ini tengah 'report' pada 'bos' hasil post mortem

Uzlah ke Port Dickson

Sehari selepas BPU 07 saya ditugaskan ke Port Dickson untuk menghadiri Seminar Undang-undang, Konvensyen & Perjanjian Antarabangsa. Suatu skop di luar bidang tugas dan kecenderungan. Untuk memujuk diri, saya anggap sahaja bahawa ini ialah peluang uzlah yang Allah beri - 4 hari untuk menilai diri dan berehat menghilang lelah BPU. Walaupun isi kandungan seminar memberat dan memenatkan fikiran namun agak menarik. Bagaimana ya? Dua situasi yang kontra.... Mana-mana yang berat dan tak larat untuk dihadam, saya memilih untuk tutup mata, takpun buat Sudoku yang ada dalam akhbar The Star yang dibekalkan oleh hotel! Baca nota kemudian.. Mana-mana yang terkesan di fikiran, banyak persoalan yang timbul cuma mahu atau tidak sahaja bertanya kepada penceramah.

Pemandangan waktu senja dari jendela hotel


Namun apabila seorang pembentang 'Pengurusan Bencana' menyatakan seolah-olah peranan NGO hanyalah sebagai pengacau dalam aspek pengurusan bencana, hati terasa diusik-usik. Sesuatu yang dekat di hati saya tapi disalahertikan. Katanya lagi, tujuan NGO ditubuhkan pun sebab tak mahu mengikuti apa yang kerajaan tetapkan. Mana yea dia dapat idea macam tu? Kesian orang ni. Ini persepsi yang perlu dibetulkan. Mungkin kehidupan dia hanya berlegar di sekitar kerjaya dan keluarga. Jadi dia tidak ada maklumat yang jelas tentang peranan NGO. Jadi sewaktu rehat saya berjumpa dengannya dan menyatakan bahawa NGO dan kerajaan adalah saling lengkap-melengkapi walupun kita masing-masing berperanan mengikut cara sendiri. Dan saya memberitahu dia bahawa saya pun memakai 2 topi, pekerja kerajaan dan dalam masa yang sama terlibat dengan NGO. Terkesima jugalah dia. Takpalah, ini kesilapan sebab tidak mengkaji khalayak! Mudah-mudahan selepas ini dia lebih terbuka dan tidak cepat melabel.

Apa yang paling menarik mengenai seminar tersebut ialah dapat berjumpa dengan kawan lama - Maizura, selepas 16 tahun meninggalkan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)..... Zaman persekolahan yang penuh dengan tarbiyyah dan kenangan.... yang menjadikan saya seorang insan yang sentiasa memegang "Fastaqim kama umirtaa..."

Monday, March 19, 2007

BPU 07...akhirnya

Perasaan lega ini merangkumi 2 keadaan - 1. Lega kerana BPU 07 telah berlangsung dengan agak berjaya, dan 2. Lega kerana akhirnya berjaya juga menulis catatan program BPU 07 walaupun terlambat 3 minggu... (minta maaf Xifu & Pakcik SUA. Bukan tidak punya keberanian untuk menulis di laman Blog formal. Tapi oleh kerana terlambat membuat catatan, rasanya macam cerita ini dah outdated... :-P. Inilah kelebihan mempunyai blog sendiri... cerita 10 tahun yang lalu pun boleh ditulis. Tak ada siapa yang akan komen ....)

Ucapan alu-aluan : Kak Pah yang tuliskan teks ucapan :-) Thanx Kak Pah!

Alhamdulillah seramai 146 orang peserta mengikuti program ini, 30% ahli JIM dan yang selebihnya belum ahli JIM. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program, ucapan dari VIP - Dr Harlina Harlizah Hj Siraj dan upacara perasmian.

Penyerahan cenderahati kepada Dr. Har selepas upacara perasmian

Bicara Unggul 1 oleh Dr H.M Tuah Iskandar mengetengahkan tips Wanita Unggul Idaman Lelaki. Program diikuti dengan sessi 'refreshment' - persembahan UntukMu Wanita oleh Kumpulan Saff One .

Dr. H. M Tuah Iskandar - 'Man in Pink'

Bicara Unggul 2 - 'Cantik Di Luar, Cantik Di Dalam' dikupas dengan menarik oleh Dr Hafidzah Mustaqim. Terasa terkilan pula sebab masa yang kami berikan kepada beliau agak pendek.

Dr. Hafidzah Mustaqim bersama Moderator Bicara Unggul 2, Pn. Hazdiana Bahari

Selepas makan tengahari dan Solat Zohor, Program diteruskan dengan pembentukan Personaliti Unggul oleh Pn. Haslina dari Butik Sri Munawwarah Design. Saya kira ramai yang teruja melihat demo teknik pemakaian tudung.

Pn. Haslina dari Butik Sri Munawwarah Design

Bagi memeriahkan lagi majlis, model-model realiti yang terdiri dari pelajar-pelajar IPT, wanita berkerjaya dan surirumah yang terdiri dari pelbagai saiz mengatur langkah bagi Pertunjukan Fesyen. Kredit harus diberikan kepada model-model ini kerana mungkin mereka amatur dari segi peragaan di pentas, namun mereka cukup profesional dalam menerima dan melaksanakan arahan demi matlamat da'wah.

Penyerahan jambangan bunga kepada Pn Mas Ahmah pemilik Butik Smart n Chic yang telah sudi menaja baju-baju untuk diperaga oleh para model

Program seterusnya adalah cabutan bertuah. Sebanyak 14 hadiah yang disediakan merupakan sumbangan dari syarikat-syarikat dan juga peniaga gerai program BPU 07.
Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan rumusan dan bacaan doa syahdu oleh Dr. Ruziaton Hasim - Ketua Wanita JIM Selangor. Alhamdulillah, program yang telah dirancang dan kerja-kerja untuknya dibuat berbulan-bulan sebelum ini terlaksana sudah. Bengkel Personaliti Unggul 07 - semoga Allah S.W.T mengurniakan keunggulan kepada kesemua petugas BPU juga peserta yang hadir di akhirat kelak.

Monday, February 12, 2007

Seminggu yang penuh terisi

Seminggu yang lalu agak sibuk. Bermula dengan persiapan untuk Sidang Media Bengkel Personaliti Unggul (BPU 07), Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan agar masaku diisi dengan baik . Cuma, rentetan dari Bengkel Penulisan tempohari, Xifu ada membekalkan kami tugasan untuk menyediakan write-up "Hari Ibu". Tapi nampak gayanya aku bakal menjadi murid yang gagal... :-) Minta maaf Xifu...

Walaubagaimanapun, Sidang Media Bengkel Personaliti Unggul berjalan dengan baik. Wartawan dari Harakah, Berita Harian dan Dara.com hadir dan membuat liputan.
Semasa sessi Sidang Media berlangsung
Selepas Sidang Media - bergambar macam budak tadika untuk Berita Harian
Wartawan Harakah - Cik Intan (bertudung ungu) dan Cik Roy Rasul (bertudung hijau)
Wartawan Berita Harian (berbaju hijau)

Bersama wartawan Dara.Com

Saturday, February 3, 2007

Berakhirnya Bengkel Penulisan Rencana

Lagi beberapa minit kelas dah nak habis. Tapi oopss...kena buat homeworklah pulak! Xifu kata kena siap by 11 Februari 2007. Sila doa by that time server Google ada problem... eheheheh... sorry aa Xifu . Ini gambar Xifu... tersirna oleh cahaya... Mesti aura dia sangat power. Sebab tu kita tak boleh nampak dia dengan jelas....

Ini pula gambar kenang-kenangan satu kelas Bengkel Penulisan Rencana bersama Xifu. Classmate pelbagai peringkat umur. Dari yang remaja hinggalah ke nenek.




Kuih Ntahapahapa...satu lagi pencapaian dalam hidup


Ni satu lagi pencapaian dalam hidup, 3 hari yang lalu. Berjaya membuat sejenis kuih takde nama sebab jauh menyimpang dari resepi sebenar. Tapi best! Best sebab takde satu kedai pun dalam dunia yang jual kuih camni.... resepi ntahapahapa...;-P

Gambar kengkawan sekelas


Ini gambar rakan-rakan sekelas hari ini. Power betolll makcik2 ni.... Cyber tu...! Peningla budak-budak nanti kalau makcik2 pun sama menyibuk di Cyber Cafe.... ;-P








Tetiba tengah belajar.. ada orang datang buat special appearance.... sapa tu???


dia promote buku ke.. promote diri sendiri??? ehehehehe.... ok.. Ni close up bukunya..



Nampak macam baguss.. cuba baca sekali? Oooo.. memang bagus...






Blog kengkawan sekelas...

Blog kengkawan sekelas hebat2 belaka:hmmmmm...14 semuanya!www.wanitabertuah.blogspot.com
www.sekadarpendapat.blogspot.com
www.lotty-maknahidup.blogspot.com
www.tenanghatiku.blogspot.com
www.niatku.blogspot.com
www.santunijiwa.blogspot.com
www.ibucerdik2007.blogspot.com
www.thechosenroad.blogspot.com
www.sakeena-nur.blogspot.com
www.cheffhanim.blogspot.com
www.mawardesa07.blogspot.com
www.klasik-jati.blogspot.com
www.geminigirl-greenblogger.blogspot.com
www.jk-fly2dsky.blogspot.com
dan
blog Xifu - www.kelasblogger.blogspot.com

Blog....Satu lagi pencapaian dalam hidup!


Ini merupakan posting saya yang pertama di dalam blog saya yang pertama juga. Satu lagi pencapaian dalam hidup! Kadang-kadang kita memang perlu memaksa diri untuk berubah. Dan saya.....errrr... kami sekelas ;-) dipaksa oleh Xifu Bengkel Penulisan untuk wujudkan blog pada hari ini sebagai latihan menulis.

Menulis blog memerlukan disiplin. Jika tidak, ruang yang diperuntukkan oleh blogger.com ini akan tinggal usang.
Blog adalah singkatan kepada Web Log. Peranannya seperti buku log digital ataupun diari. Seingat saya, kali terakhir saya menulis diari adalah sewaktu di tingkatan 5. Apabila diari saya dirampas oleh pengawas sekolah ketika spot check, saya berjanji kepada diri saya untuk tidak lagi menulis diari. Ketika itu saya marah, kerana hal peribadi saya diceroboh. Saya yakin, saya pelajar yang baik. ;-) Diari saya tidak ada cerita-cerita sosial yang menyimpang. Apa yang saya catatkan ialah kegembiraan saya mengikuti program-program tarbiyah. Tapi jika itupun dikira salah oleh pentadbir sekolah.... akibatnya setiap tahun, seorang penjual diari akan kekurangan seorang pelanggan seumur hidupnya.