Monday, March 19, 2007

BPU 07...akhirnya

Perasaan lega ini merangkumi 2 keadaan - 1. Lega kerana BPU 07 telah berlangsung dengan agak berjaya, dan 2. Lega kerana akhirnya berjaya juga menulis catatan program BPU 07 walaupun terlambat 3 minggu... (minta maaf Xifu & Pakcik SUA. Bukan tidak punya keberanian untuk menulis di laman Blog formal. Tapi oleh kerana terlambat membuat catatan, rasanya macam cerita ini dah outdated... :-P. Inilah kelebihan mempunyai blog sendiri... cerita 10 tahun yang lalu pun boleh ditulis. Tak ada siapa yang akan komen ....)

Ucapan alu-aluan : Kak Pah yang tuliskan teks ucapan :-) Thanx Kak Pah!

Alhamdulillah seramai 146 orang peserta mengikuti program ini, 30% ahli JIM dan yang selebihnya belum ahli JIM. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program, ucapan dari VIP - Dr Harlina Harlizah Hj Siraj dan upacara perasmian.

Penyerahan cenderahati kepada Dr. Har selepas upacara perasmian

Bicara Unggul 1 oleh Dr H.M Tuah Iskandar mengetengahkan tips Wanita Unggul Idaman Lelaki. Program diikuti dengan sessi 'refreshment' - persembahan UntukMu Wanita oleh Kumpulan Saff One .

Dr. H. M Tuah Iskandar - 'Man in Pink'

Bicara Unggul 2 - 'Cantik Di Luar, Cantik Di Dalam' dikupas dengan menarik oleh Dr Hafidzah Mustaqim. Terasa terkilan pula sebab masa yang kami berikan kepada beliau agak pendek.

Dr. Hafidzah Mustaqim bersama Moderator Bicara Unggul 2, Pn. Hazdiana Bahari

Selepas makan tengahari dan Solat Zohor, Program diteruskan dengan pembentukan Personaliti Unggul oleh Pn. Haslina dari Butik Sri Munawwarah Design. Saya kira ramai yang teruja melihat demo teknik pemakaian tudung.

Pn. Haslina dari Butik Sri Munawwarah Design

Bagi memeriahkan lagi majlis, model-model realiti yang terdiri dari pelajar-pelajar IPT, wanita berkerjaya dan surirumah yang terdiri dari pelbagai saiz mengatur langkah bagi Pertunjukan Fesyen. Kredit harus diberikan kepada model-model ini kerana mungkin mereka amatur dari segi peragaan di pentas, namun mereka cukup profesional dalam menerima dan melaksanakan arahan demi matlamat da'wah.

Penyerahan jambangan bunga kepada Pn Mas Ahmah pemilik Butik Smart n Chic yang telah sudi menaja baju-baju untuk diperaga oleh para model

Program seterusnya adalah cabutan bertuah. Sebanyak 14 hadiah yang disediakan merupakan sumbangan dari syarikat-syarikat dan juga peniaga gerai program BPU 07.
Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan rumusan dan bacaan doa syahdu oleh Dr. Ruziaton Hasim - Ketua Wanita JIM Selangor. Alhamdulillah, program yang telah dirancang dan kerja-kerja untuknya dibuat berbulan-bulan sebelum ini terlaksana sudah. Bengkel Personaliti Unggul 07 - semoga Allah S.W.T mengurniakan keunggulan kepada kesemua petugas BPU juga peserta yang hadir di akhirat kelak.

No comments: