Saturday, February 3, 2007

Blog....Satu lagi pencapaian dalam hidup!


Ini merupakan posting saya yang pertama di dalam blog saya yang pertama juga. Satu lagi pencapaian dalam hidup! Kadang-kadang kita memang perlu memaksa diri untuk berubah. Dan saya.....errrr... kami sekelas ;-) dipaksa oleh Xifu Bengkel Penulisan untuk wujudkan blog pada hari ini sebagai latihan menulis.

Menulis blog memerlukan disiplin. Jika tidak, ruang yang diperuntukkan oleh blogger.com ini akan tinggal usang.
Blog adalah singkatan kepada Web Log. Peranannya seperti buku log digital ataupun diari. Seingat saya, kali terakhir saya menulis diari adalah sewaktu di tingkatan 5. Apabila diari saya dirampas oleh pengawas sekolah ketika spot check, saya berjanji kepada diri saya untuk tidak lagi menulis diari. Ketika itu saya marah, kerana hal peribadi saya diceroboh. Saya yakin, saya pelajar yang baik. ;-) Diari saya tidak ada cerita-cerita sosial yang menyimpang. Apa yang saya catatkan ialah kegembiraan saya mengikuti program-program tarbiyah. Tapi jika itupun dikira salah oleh pentadbir sekolah.... akibatnya setiap tahun, seorang penjual diari akan kekurangan seorang pelanggan seumur hidupnya.

4 comments:

Mama said...

Alhamdilillah, syabbas to anak murid yg pro akfti nih!!!!
dia lebih panadfi dari xifu dia...dia plak ajar kita masukkan gambar....
wahhhh hebattttt siut!!!

Mama said...

alamakkkkk...salah eja seharusnya
PROAKTIF plak...maknanya dia lebih pandai dari xifu dia.....

gemini girl said...

Penjual diari hilang satu customer, tapi blog bertambah satu. TAkkan terhenti aktiviti merakam peristiwa harian, tapi,.... untuk dibaca oleh semua orang yang sudi. Bukan hanya dipendam untuk diri sendiri.

dojo said...

juz wanna wish u...
SEMOGA BERJAYA MENJADI SORG PENULIS!!
cambest arr akak nyer ayat..:)